INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Kek Cawan Alwan

Assalamualaikum w.b.t.

Sempena birthday Angah hari ni ibu terpaksa membaking sendiri...Asbabnya ialah kerana cuti sekolah
( tiap-tiap tahun pun birthday angah time cuti sekolah )  ibu terlupa nak tempah birthday cake dengan cikgu   Midah..

Maka pepagi ibu dah menyelongkar gerobok ( guna lagi istilah ni hi hi) nak cari bahan-bahan bakery..Alhamdulillah ada 3 colour ( alwan )

Bismillahirrahmanirrahim..jadi le hendaknye kek cawan ibu hari ni...

Bahan-bahan

250 gm butter
200 gm tepung naik sendiri ( tepung gandum pun boleh )
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
200 gm gula castor
pelbagai warna kesukaan
cup untuk kek

cara membuatnya

1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder pukul lagi.
4. Titiskan esen Vanilla.
5.  bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna kesukaan .
6.  sediakan cup secukupnya
7.  Bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celsius selama 25 minit ( kalau dah masak keluarkan je )








Alhamdulillah beginilah rupanya " kek cawan Alwan"..

* kek apa pun ok... asalkan on time pada birthday Angah.  Besok tak boleh sebab esok dah hari jadi orang lain ..( hanya pendapat angah sahaja ).

2 ulasan:

  1. Jelesnya...org pandai buat kuih meriah la blog nya...sy ni msak ikn kembong pandai la huhu

    BalasPadam
  2. Adil la..akk suka kuih ..syidah suka lauk pauk..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...