INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Jangan membazir..


 ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra' ayat 27

Ertinya: Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.sedangkan syaitan itu adalah makhluk yang paling kufur kepada tuhanya.

Astaghfirullahal azim..sorry tak nak! tak nak ! tak nak ! menjalin relationship dengan makhluk Allah yang paling ego itu..

 Kalau macam tu makanan yang tak habis jangan dibuang. Mari tengok apa aktiviti mak long pagi ni

Harini mak long buat karipap , tapi doh untuk kulitnya masih berbaki. Lebih kurang segenggam la jugak..alamak apa nak buat dengan tepung ni ye.... Tetiba idea sajian kreatif masterchef pun datang...

DIY( do it your self )

mula- mula gelek doh dengan kayu penggelek.(kalau tak ada guna botol pun boleh)gelek hingga nipis.


Kemudian potong  bentuk 4 segi ( kecil -kecil  baru cute )

 

Tarik bucu tepung bersilang..dan dia akan membentuk seperti buah belimbing.  kemudian goreng dalam kuali dengan menggunakan kaedah deep frying ( minyak penuh ).



inilah yang dah siap goreng ..untuk menyedapkan rasa tabur dengan gula aising..




2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...