INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

In Sha Allah

Assalamualaikum..w.b.t

Merindui murabbi yang mendidik dan mengajar Al Ustaz Ismail bin Ariffin

Masih teringat ajaranmu ...semasa ustaz menjadi tutor bahasa Arab di Jabatan Bahasa dan sastera Arab. Ustaz sangat terkenal dengan sifat tegas majoriti student takut nak ambil tutorial dengan ustaz.

Kisahnya... group kami antaranya Suzani, Hasnita, Kak Sarimah , Noraniza dan (siapa lagi ye tak berapa ingat dah )  kami lambat booking tutorial kelas  isya'. Bila kami sampai di fakulti kami,  check depan bilik tutor-tutor lain semua group list dah penuh.  maklumlah kami ni kecil-kecil orangnya langkah masing-masing pendek tak dapat nak sampai ke fakulti dengan pantas itu pun puas berlari-lari ( nasib baik dulu cute je..kalau sekarang buat macamtu mahu bergegar floor fakulti rasanya..) Nak tak nak kena Redha menghadiri kelas tutorial dengan ustaz selama satu semester.

Suatu hari salah seorang daripada kami ( sape la tu ye..) ditegur dalam sesi " membuka pekung di dada( hanya student ustaz sahaja yang tahu sesi ape itu ) berkaitan penulisan kalimah in sha Allah. Mula-mula rasa macam betul dah , bunyi kan sama sahaja tapi kenapa ustaz melenting gitu ..mungkin orang lain pun kurang jelas . tapi takuttt. Sebenarnya kita kena lihat ejaan  perkataan tersebut dalam bahasa Arab yang mana masing -masing membawa maksud yang berlainan sama sekali. 

انشأ الله  bermaksud  cipta/buat Allah    manakala   ان شاءالله  bermaksud dengan izin atau jika diizinkan oleh Allah S.W.T.

Dah jelas sekarang...Syukran ya muallim..tanpamu kami tidak tahu membezakan yang hak dan yang batil..semoga Allah S.W.T merahmatimu. Aminnn


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...