INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Egg Tart mak long masuk bakul

Assalamualaikum w.b.t

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. kita kena terima dengan redha setiap kelebihan dan kekurangan yang Allah S.W.T telah berikan kepada kita.( sebagai Muqaddimah entri hari ini ).

Sebenarnya Mak long lebih suka membuat kuih muih berbanding membuat gubahan untuk hantaran perkahwinan. Masa majlis walimatul urus mak long 16 tahun yang lalu pun mak long tak buat gubahan untuk hantaran sendiri..mak usu ( Cik Nah )yang buatkan. Mungkin dia tau kalau mak long buat sendiri hancur..tak sesuai langsung...maka apo nak di kato.. serahkanlah pada yang pakar..

Tak sangka ...egg tart yang mak long buat untuk makan-makan di majlis pernikahan cik Na( Nordiana ) telah menambat hati seorang pembikin gubahan hantaran perkahwin. tak lain dan tak bukan insan itu ialah Norzanawati ( Mak Ngah ) Beliau adalah pakar membuat gubahan hantaran perkahwinan dalam family. Kalau orang lain nak buat tempahan boleh la calling calling.


inilah hasilnya bila air tangan mak long dah combine dengan kerja tangan mak ngah.cantik juga ye....tapi yang kat dalam tu lebih mengancam...

1 ulasan:

  1. Tahniah la...teruja betul sy tgok...bila ka sy nk rzjin ni

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...