INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

Buah delima

 
Tatkala pulang dari sekolah ...Muhammad Amal Fawwaz terus meluru mendapatkan beg plastik yang mak longbawa.  dengan gembiranya dia menyambut beg plastik tersebut sambil menyebut epal.  bukan epal tapi rumman..dia pun sebut rumman.

Selera sungguh dia menyantap buah delima tengahari ni.  Habis sebiji dimakannya..sebutir jatuh ke lantai pun dia kutip masuk mulut.

Rezeki hari ini ...Alhamdulillah...

Untuk N3 hari ini mak long berusaha bersungguh-sungguh mencari perihal khasiat buah delima termasuk lah pic buah delima  .  Namun ini bukanlah pic buah delima yang mak long beli tadi...






“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

 KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH DELIMA.

    • Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
    • Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
    • Menyingkirkan lemak berlebihan
    • Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
    • Mencegah rasa mual
    • Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
    • Mencantikkan kulit muka
    • Membantu memulihkan pesakit kencing manis
    • Berupaya menghapuskan kahak
    • Memberi tenaga dan mencegah keletihan
    • Mencegah angin ahmar bagi warga emas
    • Meningkatkan peredaran darah
    • Mencegah dan merawat kanser
    • Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
    • Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
    • Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
    • Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
    • Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
    • Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
    • Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...