INGATAN BUAT DIRI INI

"Berikan kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan, nescaya akan diberikan keampunan" (Riwayat Imam Ahmad)

ADAM DAN HAWA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Cuti sekolah ni rasa macam best sangat..sebab tak payah keluar bekerja..tapi kerja-kerja sekolah boleh di buat di rumah juga kan...

 Kerja-kerja rumah pun boleh buat ikut rasa.sebab tak perlu berkejar-kejar nak siapkan cepat nak keluar pergi kerja , hantar anak sekolah, ambil anak sekolah..lebih santai....hi hi..

Namun begitu memasak mesti on time.kalau tidak pasti ada orang kebuluran.  kalau lah seisi rumah tak cerewet pasal makan ..lagi senang..

Sambil-sambil masak boleh layan cerita melayu..mula-mula baca sinopsis cerita dulu..oh rupanya cerita ni ada ditayangkan di Mustika HD saluran 134 setiap hari isnin hingga khamis pada jam 10.00 malam.    Alamak kita tak melanggan package ni la...

SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.
Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

 Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.
Apa yang akan terjadi seterusnya?

BARISAN PELAKON
Barisan para pelakon drama adam dan hawa astro ialah Aaron Aziz, Nadiya Nisaa, Anzalna Nasir,Elfaeza Ul Haq,Dazrin Kamarudin,Norman Hakim Amyza Adna, Aznah Hamid dan Rozie Rashid.

Mak long tengok gak drama ni melalui Daily motion

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...